Khamis, 7 Mei 2009

Dilah Futsal-Saksi Kehebatan Dua Pasukan


Perlawanan persahabatan antara Team Medang(Terengganu Bestari) dengan Harimau Muda telah diadakan semalam bertempat di Dillah Futsal, Chukai Kemaman. Perlawanan yang mencatatkan keputusan seri 11-11 itu agak rancak dengan aksi serang-menyerang kedua buah pasukan tersebut dan masa permainan berlanjutan hingga ke Azan Maghrib . Walaupun kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan full squad masing-masing, prestasi yang ditunjukkan kedua-dua pasukan adalah seimbang dan tahap kecergasan setiap player amatlah membanggakan. Captain Trg Bestari, En Hamdan Azmi yang ditemuramah selepas perlawanan berkata "Kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya player-player yang ada kerana mereka ada urusan lain yang perlu diutamakan, dan saya akan pastikan semua player-player pasukan ini bersedia sepenuhnya sebelum sepak mula kejohanan itu nanti". Beliau turut melaungkan amaran kepada pasukan-pasukan yang bertanding terutamanya yang berada dalam kumpulan B agar lebih gigih berlatih supaya tidak menjadi "lauk" kepada team beliau dlm kejohanan itu nanti. Ketua pasukan Harimau Muda, En Aminul yang turut ditemubual turut meminta maaf kepada media kerana tidak dapat menurunkan skuad terkuat harimau muda semalam. Beliau agak terkilan kerana penjaga gawang utama iaitu En Zainal Arifin Selamat yang digelar "Sepasang Tangan yang Selamat" tidak dapat diturunkan semalam. Beliau berkata "Kalu cik jenal ada harini,mungkin keputusan perlawanan ini 11-0" ujar beliau dengan nada yakin. Namun beliau turut memuji persembahan pasukan Terengganu Bestari walaupun tanpa penyerang prolifiknya iaitu En Husamud-din. Yang pasti kedua-dua pasukan nampaknya tidak menunjukkan sepenuhnya kekuatan mereka,mungkin sebagai taktik dan mengikut arahan ketua pasukan masing-masing. Sebelum keluar gelanggang semua pemain bersalaman dan berpelukan tanda persahabatan. Ada juga pemain yang dilihat ingin menukar jersi namun dihalang ketua pasukan masing-masing kerana ini hanyalah perlawanan persahabatan, bukannya final lagi.

4 ulasan:

  1. gi mana? kl? esok se man u factuing gi kl dgr citer.. ye dok? hehehehe

    BalasPadam
  2. mung wak diri la laporan mung...aku dok tidur malam kejor ke date line

    BalasPadam