Selasa, 5 Mei 2009

Hujan Membawa Rahmat dan Hikmat


Perlawanan ujian antara pasukan medang dgn set liverpool tidak dapat dilangsungkan ptg semalam kerana hujan di satu dua tempat di TATiUC. Pihak penganjur terpaksa mengeluarkan amaran bahaya peringkat oren kepada kedua-dua pasukan atas alasan keselamatan.

Kami telah berjaya menghubungi kapten kedua-dua pasukan ini untuk mendapatkan kepastian dan perasaan masing2. Menurut kapten t'ganu bestari iaitu en. hamdan, beliau berasa sedikit kecewa kerana perlawanan tersebut tidak dapat diadakan. Ini adalah kerana pasukan beliau tidak sabar lagi untuk mengalahkan team liverpool. Bagaimanapun kapten liverpool, en. zurairi hanya dipetik berkata, " Saya redha dengan kehendak Tuhan yg menurunkan hujan pada ptg ini. Ianya adalah hujan rahmat," katanya dengan nada yg begitu merendah diri.

Kenyataan2 drpd kedua-dua kapten ini mungkin mengundang pelbagai spekulasi terhadap pasukan t'ganu bestari dan liverpool. Ada setengah pemerhati iaitu kapten harimau muda (Amin) yg turut turun utk melihat perlawanan tersebut menyatakan bahawa liverpool bernasib baik kerana hujan turun. "Mujur hujan, kalu dok malu besar liverpool, hari ni," katanya.

Kebetulan pada masa tersebut juga kami telah terserempak dgn pemain bintang liverpool, en. kry torres yg bersiap-siap utk pulang ke rumah setelah mengetahui perlawanan dibatalkan. "Saya ingat nak score dalam 5-6 butir hari ni, tapi disebabkan hujan, saya bersyukur sebab itu adalah rahmat untuk kita semua". Beliau juga melaungkan amaran kepada pesukan medang agar jgn terlalu ghairah untuk bermain dlm hujan kerana nanti boleh jadi demam atau selsema.

6 ulasan:

  1. Bila pulok nak main?

    BalasPadam
  2. Napok gayanya pasukan It telah mengupah bomoh hujan untuk menggagalkan perlawanan persahabatan antara sek It dgn Sek Medang pada petang ini. Tactic ini lebih kurang sama mcm yg terjadi pada minggu lepas dimana cuma 2 org player It turun menentang pasukan rima, cuma pendekatannya sedikit berbeza

    BalasPadam
  3. Dok baik kata gitu. Doh memamg Tuhan not wat hujan, hujan lah.

    BalasPadam
  4. dh bakpe team medang ngan team it xmain kat dillah ke,nabila ke..klu main c2 ujan pn xdok hal..klu xdok pitih,mitok ngan najid,sbb ngan die byk pitih...alasan blake...masing2 takut dgn kelemahan sndiri..ngaum skali!!!

    BalasPadam
  5. Jadual perlawanan untuk Futsal sedang diproses.Kelewatan ini disebabkan proses mendapatkan tandatangan untuk pengesahan daripada Presiden Fifa, Joseph S. Blatter yang tertangguh beberapa hari memandangkan beliau bercuti selama seminggu. Dijangkakan jadual penuh perlawanan untuk futsal akan dapat diketahui selewat-lewatnya 4ptg ini.Harap maklum

    BalasPadam
  6. kepada pembaca setia forum ini....
    perlawanan persahabatan antara pasukan Liverpool dan T'ganu Bestari pada petang isnin baru - baru ini dibatalkan bukan kerana permintaan daripada pemain....
    ianya datang daripada ketentuan Ilahi menurunkan hujan rahmat.
    Disebabkan hujan tersebut, kpt medang menghela nafas lega kerana pasukan liverpool menurunkan pemain HEBAT pada ptg tersebut.
    kpt medang berkata kpd pemainnya....mujur gok hujang ptg ni...klu dok parok set kite kene belasoh ngn set liverpool..mu tgk kpt liverpool tu...nok kene rantai gok tu...
    Bertapa takutnya kpt medang dgn kpt liverpool...hahahahaha!!!!!!

    BalasPadam