
3 PEMAIN HARIMAU MUDA BERLATIH DI SEPANYOL
HARIMAU Muda yang menunjangi pasukan FTKP,TATiUC menerima suntikan semangat apabila 3 orang pemainnya telah dihantar menjalani latihan selama sebulan di Sepanyol bermula 5 April - 5 Mei 2009.Namun, ganjaran itu menyusul dengan syarat yang mencabar.
Syarat dikenakan adalah kemaraan ke perlawanan akhir acara futsal karnival sukan emas rektor TATiUC dan tuntutan itu disuarakan sendiri Menteri Belia dan Sukan negara , Datuk Ahmad Shabery Chik.Reaksi kapten pasukan Harimau Muda, En Aminul yang diminta membuat ulasan tentang syarat tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau agak tertekan dengan harapan menggunung menteri terbabit tetapi dalam masa yang sama menunjukkan keyakinan tentang peluang pasukannya di dalam kejohanan itu nanti. Beliau yang ditemui ketika makan nasi dagang kuah lebih di kedai Pok Li berhadapan Masjid Telok Kalong berkata "Saya rasa syarat tersebut amat realistik dan saya amat yakin dengan kemampuan pemain-pemain Harimau Muda. Ditambah pula dgn peluang 3 pemain saya berlatih di luar negara ini diharap dapat menambahkan lagi kekuatan pasukan ini". Namun dalam nada merendah diri, beliau berkata sasaran penyertaan Pasukan Harimau Muda kali ini hanyalah untuk memberi pendedahan kepada barisan pemain. Ditambah pula dengan kehadiran pasukan luar seperti Liverpool, Meraga Beris, Terengganu Bestari dan sebagainya yang telah lama dikenali sebagai kuasa futsal sekitar Telok Kalong, Ksb, Paka,Cukai
3 pemain Harimau Muda yang dihantar berlatih itu adalah Syarir,Fadhil, dan Pudeng. Diharap ilmu yang diperolehi sepanjang latihan mereka disana dapat menambahkan lagi kekuatan pasukan Harimau Muda.
dgr kate messi dan torres juga dihantar belatih oleh pasukan masing2..tempat latihan dirahsiakan demi keselamatan kedua-dua "star" tersebut..
BalasPadammu dok soh wat criter la... prepare molek team mu tu kin_kun69, org duduk bajet team mu mmg juara tahun ni...
BalasPadamaku bimbang ke pudeng je.. dengo citer dia anok buah figo
BalasPadamtp aku rse team cik torres ngan team medang g akhir tahun nie..
BalasPadamkry torres....mung wak la artikel tentang pasukan lain skit...pasukan meraga beris ke, hnd ke...wartawan aku tadok ni nak dptkan berita
BalasPadamaku invite doh set dia.. tapi dok brani nok wat artikel
BalasPadammu gi ah wat coverage kat sana sket. sian awk dia. interview 2 3 org awok tu
BalasPadamAwok-awok dia nok wi komen pun tak beraning...ketua pasukan tak bagi ditemuramah ujar mereka.Nok wak artikel macamana lagu ning
BalasPadam