Rabu, 27 Mei 2009

Akhirnya HND juara keseluruhan

HND - 15
MANUFACTURING - 14
KIMIA/MECHA - 8
LIBRARY/TPROD - 4
TRGBES(SET MEDAN) - 4
IT - 4

*jabatan2 lain yang tidak dinyatakan sedia maklum berada di pasukan masing2.


Maka berakhirlah Karnival Sukan Piala Emas Rektor edisi ke-2 ini dengan HND mengekalkan kejuaraan yang diraih pada tahun lepas.Tahniah HND!

HND dapat memintas kedudukan Manufacturing pada saat2 akhir pada petang tadi dengan menjadikan mata 15-14,lebih satu mata berbanding pesaingnya.Dengan itu HND dinobatkan sebagai juara keseluruhan.2 mata penting itu diperolehi HND dengan meraih tempat kedua dalam perlawanan bola tampar lelaki ptg tadi.Mereka gagal mengekalkan kejuaraan bola tampar lelaki yang diraih pada tahun lepas apabila tewas straight set menentang Mecha.Sememangnya HND bukan lawan Mecha.

Sebelum itu pada perlawanan separuh akhir antara HND menentang LIBRARY,perlawanan yang dijangka sengit itu sememangnya sengit apabila HND bangkit pada saat akhir bagi menumpaskan lawan mereka.HND menang dengan penentuan rubber set apabila set pertama mereka tewas.Sejurus perlawanan itu tamat kelihatan mereka meraikan kejuaraan keseluruhan.Kelihatan juga wakil dari MANUFACTURING yang hadir sedikit kecewa dengan kekalahan yang dialami oleh LIBRARY.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.Jika dinilai dari segi kepuasan dan keseronokan berkarnival dan bersukan, kita semuanya adalah pemenang,dan tiada 'pengalah'.Dan kepada mereka yang tidak sama2 turut serta pada tahun ini diharap dan dirayu untuk sama2 memeriahkan sukan ini pada tahun hadapan jika masih dianjurkan.Kurang separuh dari kalangan kita warga TATIUC yang turut serta.

Sebenarnya penganjuran Karnival Sukan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara semua warga tidak kiralah antara yang lama ataupun yang baru,antara yang lelaki ataupun perempuan,ataupun antara yang hidup dan yang hidup jugalah.Disamping itu juga sememangnya karnival sukan ini dapat untuk kita semua 'release tension' setelah penat bekerja sebelumnya.

Pada tahun hadapan jika Karnival ini diteruskan,sukan paintball dan bola jaring akan dikira mata.Dan cadangan supaya sukan tenis diperkenalkan akan dipertimbangkan.Tidak lupa juga indoor game seperti catur,dart,carom akan turut dipertandingkan bagi menambahkan lagi persaingan merebut kejuaraan keseluruhan, supaya tidak hanya dimonopoli oleh satu dua pasukan sahaja.

Saya berterima kasih kepada pengendali blog ini kerana dengan wujudnya blog ini sebenarnya ia memeriahkan lagi suasana karnival. Saya berharap Blog ini akan dikekalkan dan dikenali dengan blog PAKAT.Semoga ianya menjadi satu medium baru penyampaian maklumat aktiviti2 dan juga pekongsian idea2 bernas,artikel2 ilmiah dan akademik dan sebagainya.Berbloglah kita warga akademik secara akademik dan sudah tentu dengan secara sihat.

Sekali lagi saya memohon seribu kemaafan jika ada yang terkata,terkutuk atau sebagainya.Kemaafan juga jika penganjuran ini tidak berjalan dengan lancar,jadual sering berubah-rubah atau mutu pengadilan yang lemah atau juga mutu air minuman yang kurang sedap.harapan dari pihak penganjuran semoga matlamat kita tercapai.

"Majulah sukan untuk Sihatkan Fizikal dan MInda.Badan sihat, Kepala Otak pun Cergas dan Katakan Tidak kepada Kolestrol dan Lemak."

3 ulasan: