Rabu, 6 Mei 2009

Tiada sasaran tinggi untuk liverpool


Pemain bintang liverpool, kry torres pasti lega mendengar perkhabaran terbaru betapa pasukannya tidak melontarkan tekanan terhadapnya untuk mencatat kejayaan gemilang pada saingan futsal tahun ini.

Tiada sasaran realistik mahupun tinggi diletakkan kepada torres dan liverpool menerusi lembaga pengarah pada sidang akhbar mengumumkan senarai penaja serta pelancaran jersey baru kejohanan semalam, sebaliknya sekadar meminta torres dan liverpool memberikan yang terbaik.

“Kami tidak mahu meletakkan sebarang sasaran. Anda pun tahu pemain ini berdepan enam pasukan terkuat dunia. Kami hanya mahu mereka (pemain-pemain liverpool) termasuk torres beraksi dengan bersungguh-sungguh dan jurulatih dapat meraih beberapa taktik lawan sebelum pasukan ini beraksi pada kelayakan Sukan Olimpik di Jepun tahun depan.

“Namun kami terkejut kerana tahun ini torres telah menjaringkan 75 gol dalam semua perlawanan ujian sebelum ini".

Sayangnya, anggapan semua pihak sebelum ini dilihat lebih tinggi dan realistik daripada pemain bintang sukan itu.

3 ulasan:

  1. "kry torres pasti lega mendengar perkhabaran terbaru betapa pasukannya tidak melontarkan tekanan terhadapnya"...cess,koya!!!

    BalasPadam
  2. messi.......krn mu aku jd mangsa!!!!
    koya mung!!!!

    BalasPadam